Friday, 29 December 2017

Assalamualaikum kepada yang membaca blog NAZEEFAR ini yang menceritakan tentang pertanian secara asasnya, harapnya dapat memberi ilmu kepada anda. hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman mengadakan seminar pertanian di ladang pertanian jabatan unit teknologi dan pertanian fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Alhamdulillah peserta seramai 25 orang dapat hadir dan memberi kerjasama yang sangat baik. seminar ini telah dianjurkan oleh pelajar tahun 1 kemahiran hidup dari fakulti pendidikan.

kami dibimbing oleh pensyarah kami iaitu Dr Nurhusna binti abdul wahid, turut serta Pn Salina binti ardi dan dibantu oleh dua pembantu unit pertanian iaitu En faris Alwi dan En abang Hifni. 

pada pukul 8:30 minit pagi para peserta hadir dan majlis pon dimulakan. Pengacara majlis telah menjemput Dr husna untuk memberi sedikit kata-kata aluan dan slot pertama dijalankan iaitu slot penerangan tentang baja organik yang diterangkan oleh saudara Mohammad Khairuddin bin roslan. 



slot 1 : baja organik.

baja organik terbahagi kepada 4 iaitu baja ikan, baja buah, baja sayur, dan baja telur. setiap satu diterangkan oleh saudara khairuddin cara untuk membuat baja organik. setiap peserta telah dibekalkan bahan rujukan sebagai nota untuk mereka faham dan boleh dilakukan dirumah.


slot 2 : Nutripot

nutripot merupakan teknologi alaf ini yang mampu membantu semua golongan untuk mempunyai tanaman sendiri tanpa mengira faktor usia dan kesibukan seseorang. 

kerana kelebihan nutripot adalah menjimat kan masa dan memerlukan kos yang sedikit apabila menggunakan bahan terpakai sahaja.

bahagian ini diterangkan oleh saudara Wan muhammad Ali dan dibantu oleh saudari Nur Fathin Zafirah.



untuk slot 3 ialah sesi praktikal dimana para peserta perlu melakukan sendiri apa yang telah diajar sebentar tadi. slot ini dilakukan bersama-sama dengan kama para pelajar yang menganjurkan seminar tersebut.


selepas  usai sudah semua slot yang dirancang, majlis ditutup dengan memberi cendrahati berbentuk sijil kepada para peserta atas kesungguhan mereka menghadirkan diri dan memberi komitmen yang baik sepanjang seminar dijalankan.



setelah selesai memberi sijil, jamuan tengahari telah disediakan untuk semua yang terlibat dengan seminar pertanian ini. disini saya lampirkan video kenangan kami mengadakan seminar pertanian.



Monday, 25 December 2017

Penyemaian bijih benih jagung digunakan dengan dua kaedah iaitu penyemaian secara terus ke dalam batas dan penyemaian dalam bekas semaian. Setelah seminggu kami menyemai, berlaku beberapa masalah dalam bekas semaian kami iaitu bijih benih kami telah dimakan oleh perosak.



Tanaman jagung diatas batas juga telah diganggu oleh serangga atau binatang perosak. Ini telah menjejaskan proses penanaman kami
gambar diatas menunjukkan kerosakan tanaman kami disebabkan oleh perosak

Setelah kami selidik, kemungkinan besar tanaman kami diserang oleh siput, semut dan burung. Oleh itu, bagi menyelesaikannya, kami telah menyembur racun semut disetiap batas kami. Pastikan racun tidak disembur terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas. Selain itu, untuk mengelakkan serangan burung, kami telah membuat patung orang-orang untuk menghalau burung.

Setelah segala inisiatif  kami gunakan, tanaman kami telah menunjukkan perkembangan yang baik. Jadi kami teruskan penjagaan kami seperti yang dirancang. Kami memastikan semua rumpai yang tumbuh liar di dalam kawasan batas dibuang dan penyiraman kami dilakukan secara berterusan iaitu pada waktu pagi dan petang.
assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari saya nak kongsikan tentang penanaman jagung yang telah kami usahakan. Penanaman jagung mengambil masa yang agak lama berbanding sayur-sayuran.

Langkah pertama dalam proses penanaman sayur ialah penyedian batas tanaman. Pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar yang membiak di atas batas anda untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai.

Untuk mengelakkan rumpai/tumbuhan liar membiak dengan banyak di atas batas, kami menggunakan plastik sukupan iaitu plastik silvershine. Bahagian warna hitam diletakkan di bahagian bawah
Seterusnya, setelah plastik sukupan di pasang, tebuk lubang pada plastik tersebut yang mewakili lubang setiap anak benih. Kebaikan menggunakan sukupan adalah anda hanya perlu merumpai di kawasan tanah dalam lubang yang anda tebuk.

 Setelah selesai, kami menyemai bijih benih kami di setiap lubang tesebut. Tanaman jagung ini perlu disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Elakkan menyiram pada waktu panas seperti tengah hari.