Saturday, 21 October 2017




Proses transpirasi pokok .

Proses tumbuhan kehilangan air melalui stomata yang terbebas ke persekitaran dalam bentuk wap air.

Transpirasi memudahkan pengangkutan air dan garam mineral serta makanan dari akar ke betang dan daun.

Xilem angkut air dan garam mineral dari akar ke daun

Floem mengankut makanan makanan yang terhasil pada daun.


Untuk pengetahuan anda, pokok yang hilang air lebih cepat dari kadar penyerapan akan menjadi layu.

Sunday, 15 October 2017

pembiakan tampang

4)masukan tanah kedalam polybag ,pastikan tanah berada dalam keadaan padat supaya bila air disiram tanah tidak mendap ke bawah.
5)tanah di isi hampir penuh sehingga paras lipatan . kemudian , buatkan lubang untuk memasukkan pokok dengan mudah dan tidak memberi tekanan yang kuat pada pokok.
6)potongkan hujung batang yang telah diambil , supaya mudah untuk kita kenal yang mana pangkalnya.
7)celupkankan penggalak mengikut jenis batang. kemudian biarkan seketika , dan masukkan ke dalam lubang tanah pada polybag.
8) siramkan sedikit air pada pokok yang telah ditanam.

selamat mencuba semua ^_^



pembiakan tampang

Assalammualaikum pembuka bicara hari ini, jom baca cerita pasal pembiakan tanaman. Tujuan pembiakan tanaman adalah untuk menghasilkan tanaman baru, menghasilkan sumber makanan kepada manusia dan juga meneruskan pembiakan setiap jenis tanaman ini. Sebagai contoh , pembiakan ubi boleh dijadikan sebagai ubi rebus ,kentang goreng dan juga pucuk ubi masak lemak wauuuu sedapkan.

Pembiakan tanamam terbahagi kepada dua iaitu seksual dan juga aseksual atau dikenali sebagai tampang dan vegetatif. Fokus cerita saya adalah pembiakan tampang iaitu pembiakan yang menggunakan bahgian pokok. Contohnya pokok  mulbery kita gunakan batang pokok tersebut. Keratan batang mesti menggunakan ranting . Terdapat beberapa tanaman yang tidak boleh gunakan keratan batang iaitu pokok lidah buaya . Serai pula menggunakan kaedah rumpun.

Kemudian kita fokus kepada keratan batang , contonya ranting mempunyai tiga kategori iaitu lembut,sederhana,dan keras. Dalam masa yang sama kita perlu memililih pokok yang segar . Kemudian sedikit info untuk pembaca , masa biak juga tidak boleh sesuka hati, masa biak yang terbaik adalah waktu pagi dan lewat petang .

Dalam pembiakan tanaman juga menggunakan penggalakan iaitu terbahagi kepada tiga iaitu penggalakan 1 untuk lembut, penggalakan 2 untuk sederhana , dan penggalakan 3 untuk keratan batang jenis keras.

okey mari kita mulakan langkah untuk pembiakan tampang :

1) Pilih polybag yang hendak digunakan untuk pembiakan tampang.
2) Masukkan bahagian bawah polybag untuk dijadikan base dan jugak menjadikan polybag lebih stabil
3) Lipat bahagian atas dalam satu inch untuk memudahkan kita menyukat ketika mengisi tanah.