Assalammualaikum pembuka bicara hari ini, jom baca cerita pasal pembiakan tanaman. Tujuan pembiakan tanaman adalah untuk menghasilkan tanaman baru, menghasilkan sumber makanan kepada manusia dan juga meneruskan pembiakan setiap jenis tanaman ini. Sebagai contoh , pembiakan ubi boleh dijadikan sebagai ubi rebus ,kentang goreng dan juga pucuk ubi masak lemak wauuuu sedapkan.
Pembiakan tanamam terbahagi kepada dua iaitu seksual dan juga aseksual atau dikenali sebagai tampang dan vegetatif. Fokus cerita saya adalah pembiakan tampang iaitu pembiakan yang menggunakan bahgian pokok. Contohnya pokok mulbery kita gunakan batang pokok tersebut. Keratan batang mesti menggunakan ranting . Terdapat beberapa tanaman yang tidak boleh gunakan keratan batang iaitu pokok lidah buaya . Serai pula menggunakan kaedah rumpun.
Kemudian kita fokus kepada keratan batang , contonya ranting mempunyai tiga kategori iaitu lembut,sederhana,dan keras. Dalam masa yang sama kita perlu memililih pokok yang segar . Kemudian sedikit info untuk pembaca , masa biak juga tidak boleh sesuka hati, masa biak yang terbaik adalah waktu pagi dan lewat petang .
Dalam pembiakan tanaman juga menggunakan penggalakan iaitu terbahagi kepada tiga iaitu penggalakan 1 untuk lembut, penggalakan 2 untuk sederhana , dan penggalakan 3 untuk keratan batang jenis keras.
okey mari kita mulakan langkah untuk pembiakan tampang :
1) Pilih polybag yang hendak digunakan untuk pembiakan tampang.
2) Masukkan bahagian bawah polybag untuk dijadikan base dan jugak menjadikan polybag lebih stabil
3) Lipat bahagian atas dalam satu inch untuk memudahkan kita menyukat ketika mengisi tanah.
No comments:
Post a Comment