kami kongsikan aktiviti kami iaitu membuat nutripod
anatara bahannya ialah:
1. pasu
2. bekas pasu
3. span yang boleh dijadikan sumbu
4. coco peat
4. baja A dan baja B
kami telah memilih botol air mineral yang berkapasiti 5 liter sebagai ganti kepada pasu (berdasarkan kreativiti anda)
langkah pertama, potong botol menjadi dua bahagian seperti dalam gambar di sebelah dan catkan.
selepas itu, tebuk lubang pada bahagian atas botol. kemudian masukan span kedalam lubang tersebut.
masukan coco peat kedalam bahagian botol yang atas.
dalam bahagian botol yang bawah, masukkan air, 2 penutup botol baja A dan kacau. kemudian masukkan 2 penutup botol baja B dan kacau
selepas itu, letakkan bahagian atas botol ke dalam bahagian bawah botol seperti gambar diatas
untuk biji benih, kami telah memilih bijih benih bayam dengan nisbah 1:10. setiap satu paket bayam perlu dicampur dengan 10 penutup botol pasir. tujuan nya ialah untuk memudahkan kita melihat bijih benih kerana bijih benih byam terlampau kecil.
taburkan bijih benih kedalam nutripod dan letakakn pasu di kawasan beratap atau rumah hijau. jangan letak dikawasan terbuka bagi mengelakkan air hujan memenuhi pasu yang menyebabkan baja mengalir terkeluar.
selepas 3 hari, air akan berkurang kerana diserap oleh span masuk ke dalam coco peat. jika semakin berkurang, tambahkan air dan 1 penutup botol baja A dan kacaukan. seterusnya masukkan baja B dan kacaukan.