Tuesday, 3 October 2017

sementara menunggu anak pokok membesar kita perlu membuat satu perkara seperti yang kita maklum setiap hidupan memerlukan nutrien yang cukup untuk membesar dengan sihat seperti pokok memerlukan cahaya matahari dan baja sebagai sumber nutrien.Kali ini saya ingin membincangkan tentang baja dan cara membuat baja.


Jenis baja 
1.baja kimia
2.baja organik

baja kimia
-merupakan baja hasil gabungn bahan kimia iaitu urea,nitrogen,kalium dan sebagainya.
selain itu, baja kimia murah dan mudah didapati.baja kimia juga sesuai untuk tanaman yang banyak seperti sawit dan sebagainya.
     

Baja organik 

-merupakan baja daripada sisi makan yang terbuang sebagai contoh kulit buah buahan,syur sayuran,ikan,kulit telur dan lain lain lagi.

terdapat tiga jenis baja organik iaitu
1.Fermented plant juice (FPJ)
2.Fermented fruit juice (FFJ)
3.Fermented amino acid (FAA)

banyak kelebihan baja organik antaranya adalah membekal nutrien yang sempurna,hasil tanaman lebih selamat dimakan dan sebagainya.Di sini saya ingin kongsikan cara membuat baja organik FFJ

Proses
1.kumpulkan bahan bahan 


2.hancurkan bahan bahan tadi





proses memotong bahan bahan untuk memudahkan pengisaran dilakukan


 

Apabila bahan bahan tadi dipotong kecil kecil kemudian kita perlu mengisar bahan tersebut supaya dapat diperam(fermented).Selain itu,zat zat yang terdapat dalam bahan bahan tadi seperti kalsium,zink,fosforus,kalium dan sebagainya dapat diekstrak.



selepas bahan bahan tadi dikisar sehingga sebati ita perlu simpan didalam bekas.Semasa menyimpan kita perlu menambah sedikit gula merah 3:1 kedalam bekas simpanan tadi.Antara fungsi gula merah adalah untuk meningkatkan kadar tindak balas mikroorganisma untuk menghurai zat zat yang terkandung.selain itu ianya membuatkan baja kita tahan lebih lama.






Akhir sekali  kita perlu sungkupkan dengan sehelai kain sebelum ditutup dengan penutup dan kemudiannya disimpan ditempat yang tidak terdedah dengan cahaya matahari selama seminggu.   













Monday, 2 October 2017

Proses pemindahan anak pokok

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengujung blog ini.Pada minggu lepas kami telah menunjukan cara cara untuk membuat semaian biji benih.Kebiasaannya dalam masa 7 hari biji benih sudah mula bercangbah dan perlu dipindahkan ke batas yang kita telah sediakan dari awal lagi.Ini bertujuan untuk mengelakan anak pokok mati atau bantut







Anak pokok yang berusia 7 hari dan sedia untuk dipindahkan 

















Seterusnya adalah proses untuk memindahkan.Proses ini memerlukan kesabaran dan teliti semasa memindahkan anak pokok.Ini bertujuan untuk mengelakan akar anak pokok tercedera atau putus yang menyebab pokok mati atau bantut.



Ini contoh permindahan anak pokok sawi jepun dimana anak pokok perlu ditarik keluar daripada bekas semaian dengan menggunaan kayu aiskrim,sudu dan sebagainya.



















Apabila anak pokok berjaya dikeluarkan kita perlu membawanya ke batas yang telah digembur.


   



Kotak batas merupakan tempat untu memindahkan anak pokok



















Proses untuk menanam anak pokok di kotak batas.Cara caranye adalah:

1.menbuat lubang pada batas 
2.masukkan anak pokok yang ditarik keluar dari bekas semaian
3.tanamnye supaya tidak terkeluar apabila hujan






           
proses penanamman dijalankan















Apabila semua anak pokok dipindahkan kemudiannya batas perlu ditutup dengan paranet 
iaitu jaring hitam.



Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak pokok daripada terkejut daripada cuaca yang panas atau hujan.waktu yang paling sesuai untuk proses memindakan anak pokok ke batas adalah waktu pagi atau lewat petang.inin dapat mengelakkan pokok mati.