kami dibimbing oleh pensyarah kami iaitu Dr Nurhusna binti abdul wahid, turut serta Pn Salina binti ardi dan dibantu oleh dua pembantu unit pertanian iaitu En faris Alwi dan En abang Hifni.
pada pukul 8:30 minit pagi para peserta hadir dan majlis pon dimulakan. Pengacara majlis telah menjemput Dr husna untuk memberi sedikit kata-kata aluan dan slot pertama dijalankan iaitu slot penerangan tentang baja organik yang diterangkan oleh saudara Mohammad Khairuddin bin roslan.
slot 1 : baja organik.
baja organik terbahagi kepada 4 iaitu baja ikan, baja buah, baja sayur, dan baja telur. setiap satu diterangkan oleh saudara khairuddin cara untuk membuat baja organik. setiap peserta telah dibekalkan bahan rujukan sebagai nota untuk mereka faham dan boleh dilakukan dirumah.
slot 2 : Nutripot
nutripot merupakan teknologi alaf ini yang mampu membantu semua golongan untuk mempunyai tanaman sendiri tanpa mengira faktor usia dan kesibukan seseorang.
kerana kelebihan nutripot adalah menjimat kan masa dan memerlukan kos yang sedikit apabila menggunakan bahan terpakai sahaja.
bahagian ini diterangkan oleh saudara Wan muhammad Ali dan dibantu oleh saudari Nur Fathin Zafirah.
untuk slot 3 ialah sesi praktikal dimana para peserta perlu melakukan sendiri apa yang telah diajar sebentar tadi. slot ini dilakukan bersama-sama dengan kama para pelajar yang menganjurkan seminar tersebut.
selepas usai sudah semua slot yang dirancang, majlis ditutup dengan memberi cendrahati berbentuk sijil kepada para peserta atas kesungguhan mereka menghadirkan diri dan memberi komitmen yang baik sepanjang seminar dijalankan.
setelah selesai memberi sijil, jamuan tengahari telah disediakan untuk semua yang terlibat dengan seminar pertanian ini. disini saya lampirkan video kenangan kami mengadakan seminar pertanian.
No comments:
Post a Comment