Tanaman jagung diatas batas juga telah diganggu oleh serangga atau binatang perosak. Ini telah menjejaskan proses penanaman kami
gambar diatas menunjukkan kerosakan tanaman kami disebabkan oleh perosak
Setelah kami selidik, kemungkinan besar tanaman kami diserang oleh siput, semut dan burung. Oleh itu, bagi menyelesaikannya, kami telah menyembur racun semut disetiap batas kami. Pastikan racun tidak disembur terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas. Selain itu, untuk mengelakkan serangan burung, kami telah membuat patung orang-orang untuk menghalau burung.
Setelah segala inisiatif kami gunakan, tanaman kami telah menunjukkan perkembangan yang baik. Jadi kami teruskan penjagaan kami seperti yang dirancang. Kami memastikan semua rumpai yang tumbuh liar di dalam kawasan batas dibuang dan penyiraman kami dilakukan secara berterusan iaitu pada waktu pagi dan petang.
No comments:
Post a Comment