Friday, 15 September 2017

Bismilahhirahmanirahim. . . . . . . . . . . . .
Assalamualaikum..minggu ni kami dah mulakan projek pembiakan dan pengurusan tanaman di ladang. .firstly kami diberikan keterangan tentang peraturan dan keselamatan yang perlu kami patuhi semasa berada di ladang. Terutamanya aspek keselamatan yang perlu kami titiberatkan semasa menggunakan alatan yang tajam dan berbahaya seperti cangkul. Cangkul mesti diletakkan dengan cara yang betul supaya tiada kecederaan yang berlaku. So terlebih dahulu alatan yang akan kami gunakan dalam minggu ini ialah kereta sorong, cangkul, tali raffie, papan, dan mini traktor.

Kami telah diberikan taklimat tentang projek yang akan kami lakukan. Projek kami ialah menanam sayur dan jagung. Perkara pertama yang kami lakukan ialah pembahagian kawasan tanaman. .Setiap seorang akan memperolehi satu kawasan tananam. Kawasan pertanian dibahagikan mengikut ukuran tertentu. Jadi kami memperolehi kawasan yang sama saiz. Pengukuran kawasan ini dijalankan menggunakan tali raffia dan tali tape supaya kami memperolehi ukuran saiz tanah yang sama banyak.


Ok ni gambar kami tengah buat pengukuran untuk pembahagian tanah. So boleh la korang ikut cara kami sebagai panduan untuk korang memulakan pertanian. Ukuran yang kami ambil ialah 5 kaki lebar dan 12 kaki panjang.









Selepas pembahagian kawasan selesai, kami dikehendaki membuat pembersihan di kawasan tananam masing-masing. Aktiviti pembersihan kami bermula dengan membuang semua tumbuhan liar, tumbuhan parasit dan sampah sarap yang ada di tapak aktiviti kami suoaya tanaman kami nanti dapat tumbuh subur dan tidak mendapat saingan daripada tumbuhan lain.



Apabila kawsan telah bersih, kami membuat batas tanaman. Setiap batas kami dihadangi oleh papan. Papan berfungsi untuk mengemaskan batas kami. Oleh itu, proses pembajakan tanah telah dijalankan menggunakan mini traktor. Sebenarnya nak gunakan cangkul pun boleh tapi mini traktor lebih memudahkan kerja pembajakan tanah. Cangkul mengambil masa yang lama berbanding mini traktor.

Kami share sedikit gambar proses pemotongan papan yang kami gunakan. Betapa gigih nya kami potong papan.


Inilah mini traktor yang kami gunakan. Semua nya mudah dan senang. Jimat masa dan tenaga.












Seterusnya kami kongsikan lah sedikit untuk tatapan mata korang cara mini traktor ni bekerja. .hehe




3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Jenis kayu papan apa yg sesuai dan perlukah papan tersebut di racun anai terlebih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm
      Terdapat pelbagai jenis kayu yang boleh diguna akan tetapi bergantung kepada kos biasenye hanya menggunakan kayu pokok getah yang boleh didapati di kedai hardware.
      Seterusnya racun anai anai terpulang kepada perkebun untuk guna atau tidak dan bergantung kepada situasi penggunaan nya digalakkan guna dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak menjejaskan batas kita

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete