Friday, 22 September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, okey kita sambung tugas kita , iaitu pembinaa batas dan semaian. Kenapa kita perlu bina batas? apa fungi batas? okey saya terangkan ya...batas berfungsi sebagai kawasan tanaman supaya tanaman tidak terkeluar dari kawasan yang telah ditetapkan. selain itu , batas juga dibina supaya air tidak bertakung.

  Cara pembinaan batas, yang pertama kawasan yang hendak di jadikan tempat tanaman perlu la digemburkan terlebih dahulu supaya akar tanaman mudah menjalar. kemudian buat alur disetiap keliling batas supaya papan dapat ditegakkan dan boleh masuk ke dalam tanah.Papan yang ditegakkan perlulah berada 1/4 di dalam tanah.

  Okey kemudian kita perlu bersihkan kawan tanaman supaya tiada rumpai. Apa itu rumpai? rumpai merupaka satu tanaman yang tidak diperlukan untuk tanaman kita. Sebagai contoh rumput,lalang dan sebagainya.

Okey ini lah rupa batas yang dibina , tanah perlu digemburkan lebih kurang sama aras dengan papan.



 Sekarang kita masuk kaedah semaian , kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu semaian secara terus atau secara asing.

 saya menggunakan  semaian secara asing iaitu menggunakan tray , jika ingin menggunakan tupperware perlu ditebuk lubang terlebih dahulu seperti di dalam gambar berikut .
                                                             



pokok yang dah berdaun atau sudah tumbuh pucuknya perlu dipindahkan ke batas untuk menjamin tumbesaran pokok dengan baik. 



medium semaian yang kita gunakan pula ialah peat moist yang mempunyai texture yang lembut, dan telah lengkap nutrien dan baja.medium ini merupakan medium khas untuk semaian. 



benih sayur hijau :

merupakan benih yang kecil , jika menggunakan benih yang halus perlu gunakan pasir kemudian letak biji benih dengan nisbahnya 5:1 , iaitu pasir lima dan benih satu. 
Apabila sudah semain tidak perlu siram air hanya sekadar spray kan sahaja. kerana benih pokok kemungkinan tidak dapat tumbuh jika berlebihan air.


Antara benih yang digunakan ialah Dwarf Pak Choy(sawi jepun) , Green Amaranth pointed leaf(bayam hijau daun tajam) dan water spinach (kangkong) 




antara langkah yang saya senaraikan untuk semaian :
(1) pasir semaian diletakkan ke dalam tray, tidak terlalu padat. 
(2) buat lubang tidak terlalu dalam boleh menggunakan jari kelingking atau pen. 
(3)kemudian letakkan biji benih 2 hingga 3 biji benih. 
(4)taburkan medium semaian sekali lagi untuk menutupi lubang yang telah dibuat. 
(5)air dispray dalam kadar yang mencukupi tidak terlalu banyak.

okeyy selamat mencuba yaa semua terima kasih membaca ^_^





3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Terimakasih atas perkongsian ilmu, mudah difahami serta tersusun dengan info yang baik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana melawat blog kami ada bnyk lagi maklumat yang akan datang

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana melawat blog kami ada bnyk lagi maklumat yang akan datang

    ReplyDelete