Friday, 29 December 2017

Assalamualaikum kepada yang membaca blog NAZEEFAR ini yang menceritakan tentang pertanian secara asasnya, harapnya dapat memberi ilmu kepada anda. hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman mengadakan seminar pertanian di ladang pertanian jabatan unit teknologi dan pertanian fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Alhamdulillah peserta seramai 25 orang dapat hadir dan memberi kerjasama yang sangat baik. seminar ini telah dianjurkan oleh pelajar tahun 1 kemahiran hidup dari fakulti pendidikan.

kami dibimbing oleh pensyarah kami iaitu Dr Nurhusna binti abdul wahid, turut serta Pn Salina binti ardi dan dibantu oleh dua pembantu unit pertanian iaitu En faris Alwi dan En abang Hifni. 

pada pukul 8:30 minit pagi para peserta hadir dan majlis pon dimulakan. Pengacara majlis telah menjemput Dr husna untuk memberi sedikit kata-kata aluan dan slot pertama dijalankan iaitu slot penerangan tentang baja organik yang diterangkan oleh saudara Mohammad Khairuddin bin roslan. 



slot 1 : baja organik.

baja organik terbahagi kepada 4 iaitu baja ikan, baja buah, baja sayur, dan baja telur. setiap satu diterangkan oleh saudara khairuddin cara untuk membuat baja organik. setiap peserta telah dibekalkan bahan rujukan sebagai nota untuk mereka faham dan boleh dilakukan dirumah.


slot 2 : Nutripot

nutripot merupakan teknologi alaf ini yang mampu membantu semua golongan untuk mempunyai tanaman sendiri tanpa mengira faktor usia dan kesibukan seseorang. 

kerana kelebihan nutripot adalah menjimat kan masa dan memerlukan kos yang sedikit apabila menggunakan bahan terpakai sahaja.

bahagian ini diterangkan oleh saudara Wan muhammad Ali dan dibantu oleh saudari Nur Fathin Zafirah.



untuk slot 3 ialah sesi praktikal dimana para peserta perlu melakukan sendiri apa yang telah diajar sebentar tadi. slot ini dilakukan bersama-sama dengan kama para pelajar yang menganjurkan seminar tersebut.


selepas  usai sudah semua slot yang dirancang, majlis ditutup dengan memberi cendrahati berbentuk sijil kepada para peserta atas kesungguhan mereka menghadirkan diri dan memberi komitmen yang baik sepanjang seminar dijalankan.



setelah selesai memberi sijil, jamuan tengahari telah disediakan untuk semua yang terlibat dengan seminar pertanian ini. disini saya lampirkan video kenangan kami mengadakan seminar pertanian.



Monday, 25 December 2017

Penyemaian bijih benih jagung digunakan dengan dua kaedah iaitu penyemaian secara terus ke dalam batas dan penyemaian dalam bekas semaian. Setelah seminggu kami menyemai, berlaku beberapa masalah dalam bekas semaian kami iaitu bijih benih kami telah dimakan oleh perosak.



Tanaman jagung diatas batas juga telah diganggu oleh serangga atau binatang perosak. Ini telah menjejaskan proses penanaman kami
gambar diatas menunjukkan kerosakan tanaman kami disebabkan oleh perosak

Setelah kami selidik, kemungkinan besar tanaman kami diserang oleh siput, semut dan burung. Oleh itu, bagi menyelesaikannya, kami telah menyembur racun semut disetiap batas kami. Pastikan racun tidak disembur terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas. Selain itu, untuk mengelakkan serangan burung, kami telah membuat patung orang-orang untuk menghalau burung.

Setelah segala inisiatif  kami gunakan, tanaman kami telah menunjukkan perkembangan yang baik. Jadi kami teruskan penjagaan kami seperti yang dirancang. Kami memastikan semua rumpai yang tumbuh liar di dalam kawasan batas dibuang dan penyiraman kami dilakukan secara berterusan iaitu pada waktu pagi dan petang.
assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari saya nak kongsikan tentang penanaman jagung yang telah kami usahakan. Penanaman jagung mengambil masa yang agak lama berbanding sayur-sayuran.

Langkah pertama dalam proses penanaman sayur ialah penyedian batas tanaman. Pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar yang membiak di atas batas anda untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai.

Untuk mengelakkan rumpai/tumbuhan liar membiak dengan banyak di atas batas, kami menggunakan plastik sukupan iaitu plastik silvershine. Bahagian warna hitam diletakkan di bahagian bawah
Seterusnya, setelah plastik sukupan di pasang, tebuk lubang pada plastik tersebut yang mewakili lubang setiap anak benih. Kebaikan menggunakan sukupan adalah anda hanya perlu merumpai di kawasan tanah dalam lubang yang anda tebuk.

 Setelah selesai, kami menyemai bijih benih kami di setiap lubang tesebut. Tanaman jagung ini perlu disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Elakkan menyiram pada waktu panas seperti tengah hari.

Thursday, 21 December 2017

       Salam sejahtera kepada pengunjung blog pertanian Nazeefar.Pernahkah kamu semua kacup atau cantuman?......Minggu ini Nazeefar ingin kenalkan satu lagi kaedah pembiakan tumbuhan vegetatif iaitu cantuman baji.Apakah yang dimaksudkan dengan baji?Baji adalah bilah mata pahat.Jadi cantuman baji adalah cantuman yang memerlukan dua pohon iaitu pohon penanti dan pohon pendatang yang dicantumkan bebertuk baji.

      Bukan semua pokok yng boleh dlakukan kaedah ini hanya pokok yang memiliki batang berkayu dan bergetah sahaja yang boleh melakukan aedah pembiakan ini.Selain itu kaedah ini hanya boleh dilakukan pada pohon yang sama tertapi variasi yang berbeza sebagai contoh pokok bunga kertas,bunga kemboja,bunga jejarum dan sebagainya.Apakah kebaikan kaedah ini?Kebaikan kaedah ini adalah untuk mempelbagaikan variasi satu pokok dan sesuai untuk tanaman hiasan.



Antara bahan bahan yang diperlukan untuk membuat kaedah ini,

  1. Parafilm
  2. Plastik jernih
  3. tali 
  4. pisau.


                                            Rajah 1 menunjukan gambar parafilm




Cara cara 
  1. Cari dahan lembut yang sihat daripada pokok pendatang dan potong pangkalnya berbentuk baji.
  2. Kemudian pilih dahan daripada pokok penanti kemudian belah sedikit.
                 Rajah 2 menunjukan dahan pokok penanti dan dahan pokok pendatang.

    3. Kemudian cantumkan kedua dua dahan itu dan balut dengan parafilm dengan kemas.
    4. Bungkus cantuman tersebut dengan plastik jernih dan biarkan selama seminggu.
    5. Sekiranya cantuman tersebut masih hijau maka cantuman tersebut berjaya.
    6.Akhir sekali tanggalkan plastik jernih selepas seminggu.


                             Rajah 3 menunjukan pemasangan plastik jernih.


Itu sahaja perkongsian tentang pembiakan cantuman baji sekiranya ada soalan bolehlah tanya di ruangan comment sekian terima kasih.





Monday, 20 November 2017

PROSES OSMOSIS TUMBUHAN

proses osmosis versi dialek kelantan

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog kami.Pada minggu yang lalu kita telah belajar dengan pelbagai jenis keratan,tapi kali ini Nazeefar akan menunjukkan satu kaedah membiakkan tumbuhan iaitu kaedah tut atau marcot.Kamu semua pernah dengar tentang tut in?.........Ok tut atau pon maecot ini adalah merupakan satu proses untuk untuk membiakkan pokok dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok.Bukan semua pokok yang boleh dibiakan melalui tut hanya pokok batang berkayu sahaja yang boleh melakukannya.Proses ini mengambil masa 1-2 bulan untuk percambahan akar


     Kelebihan membuat tut atau marcot ini adalah kita dapat mengekalkan baka pokok berbanding dengan semai biji benih.Selain itu,peluang untuk pokok hidup lebih tinggil berbanding semai biji benih.

Bahan-Bahan

  1. medium(tanah atau fitty pellet)
  2. Plastik jernih
  3. tali rafia
  4. penggalak akar
  5. pisau cantuman.





Rajah 1 menunjukan Jiffy pellet











Cara-cara

  1. Buang lapisan kulit dahan pokok dan bersihkan getah pokok.
  2. Sapukan penggalak akar kepada dahan pokok tadi.
  3. Kepalkan tanah yang bercampur coco peat supaya akar mudah menjalar 
  4. Letakkan kepalan tanah tadi pada dahan pokok yang di sapu penggalak akar.
  5. Bungkus dahan tadi dengan plastik jernih kemudian ikat dengan tali.
  6. Setelah akar sudah bercambah erat dahan tersebut dan tanam untuk membiakkan pokok baru.





Rajah 2 menunjukan cara membuat tut.













Rajah 3 menunjukan percambahan akar dahan pokok.

Monday, 13 November 2017




PENANAMAN PEMBIAKAN TAMPANG
(menggunakan bahagian tumbuhan)

Terdapat beberapa bahagian iaitu umbisi,batang rayap, rhyzom, serumpun,dan bebawang namun terdapat nama yang lebih spesifik iaitu bulbs,stolon,tubers,croms,rhyzom and clump.
Kaedah ini boleh dilakukan secara santai dan hanya mengeluarkan kos yang sedikit.

BULBS
·         Jenis-jenis tumbuhan yang terdapat bulbs atau bebawang ialah tulip, lili, bawang
·         Bulbs adalah bahagian yang menyimpan makanan dari nutrisi tanah atau baja pada musim tertentu.
·         Bahagian bawang dibelah empat untuk mendapatkan empat pokok. Kemudian bahagian yang dibelah diletak kan kedalam tanah yang telah dibuat lubang.
Info tambahanà bagi pokok spider lili(pokok bakong) , perlu dibelah bahagian bawang , pastikan ada umbut putih dan akar.
Untuk keluarkan bunga bagi pokok spider lili, tipsnya adalah
1.       Jemurkan terlebih dahulu selama 3 hari dalam istilah melayu (tidurkan pokok)
2.       Potongkan bahagian bawang
3.       Kemudian tanamkan dan selepas seminggu akan keluar bunga.


STOLON
·         Stolon iaitu batang rayap yang menumbuhkan anak pokok yang lain secara mendatar.
·         Tumbuhan kategori stolon ialah strawberi, pegaga,rumpun.
·         Jika rumpun bahagian akarnya tidak membengkak, sebagai contoh pandan.
·         Caranya adalah memotong bahagian yang tidak diperlukan kemudian tanam kedalam pasu atau tanah yang telah disediakan.

TUBERS
·         Tubers adalah umbisi sebagai contoh ubi kentang, ubi keledek,sengkuang dan keladi. Umbisi adalah tumbuhan yang mempunyai tunas.
·         Cara-cara untuk membiakan umbisi adalah
1.       Potongkan bahagian tunas
2.       Letakkan kedalam tanah, kemudian tekan sedikit bagi masuk kedalam.
3.       Pastikan tunas berada pada bahagian atas.


RHYZOM
·         Rhyzom adalah bahagian akar sesuatu tumbuhan contohnya, kunyit, halia dan lengkuas.
·         Cara-caranyaà potongkan bahagian tunas dan tanam
                     àletakkan mata tunas ke atas
·         Rhyzom pada bahagian yang tiada tunas juga boleh digunakan namun pertumbuhannya agak lambat.

CROMS
·         Contoh croms adalah keladi bahagiannya membengkak iaitu bahagian yang menyimpan makanan
·         Pastikan ada mata tunas untu menjamin tumbubesaran pokok yang ditanam.

CLUMP
·         Clump merupakan tumbuhan yang serumpun. Bahagian rumpun boleh diasingkan.

·         Cara penanamannya adalah sama seperti yang lain.











Fotosintesis



Fotosintesis merupakan proses yang dilakukan oleh tumbuhan untuk membuat makanan sendiri.Terdapat tiga komponen penting  untuk melakukan proses ini iaitu cahaya matahari sebagai sumber tenaga,karbon dioksida dan air.Apabila klorofil yang terdapat pada daun menyerah semua komponen tersebut maka terhasilnya glukosa dan oksigen.


Monday, 6 November 2017

assalamualaikum. . .

         kami kongsikan aktiviti kami iaitu membuat nutripod
anatara bahannya ialah:
1. pasu
2. bekas pasu
3. span yang boleh dijadikan sumbu
4. coco peat
4. baja A dan baja B

kami telah memilih botol air mineral yang berkapasiti 5 liter sebagai ganti kepada pasu (berdasarkan kreativiti anda)

langkah pertama, potong botol menjadi dua bahagian seperti dalam gambar di sebelah dan catkan. 




selepas itu, tebuk lubang pada bahagian atas  botol. kemudian masukan span kedalam lubang tersebut.

                                          masukan coco peat kedalam bahagian botol yang atas.


 dalam bahagian botol yang bawah, masukkan air, 2 penutup botol baja A dan kacau. kemudian masukkan 2 penutup botol baja B dan kacau

selepas itu, letakkan bahagian atas botol ke dalam bahagian bawah botol seperti gambar diatas 


untuk biji benih, kami telah memilih bijih benih bayam dengan nisbah 1:10. setiap satu paket bayam perlu dicampur dengan 10 penutup botol pasir. tujuan nya ialah untuk memudahkan kita melihat bijih benih kerana bijih benih byam terlampau kecil.


 taburkan bijih benih kedalam nutripod dan letakakn pasu di kawasan beratap atau rumah hijau. jangan letak dikawasan terbuka bagi mengelakkan air hujan memenuhi pasu yang menyebabkan baja mengalir  terkeluar.

selepas 3 hari, air akan berkurang kerana diserap oleh span masuk ke dalam coco peat. jika semakin berkurang, tambahkan air dan 1 penutup botol baja A dan kacaukan. seterusnya masukkan baja B dan kacaukan. 

Sunday, 29 October 2017

         Assalamualaikum hai kepada pembaca pembaca yang setia membaca blog ini.Pada minggu yang lalu NAZEEFAR telah kongsi tentang cara cara pembiakan tampang atau keratan batang.Tahukah anda terdapat sebilangan tumbuhan yang boleh di buat melalui keratas daun.Hemm pelik???? Pada minggu ini saya ingin berkongsi tentang pembiakan tumbuhan melalui keratan daun.Okay…kaedah keratan daun ni bukan susah pon kaerah nya sama sahaja dengan keratan batang.
Antara benda yang penting adalah
1.      Median tanaman
2.      poly beg
3.      keratan daun
4.      sudip tangan

ingin saya ingatkan bukan semua jenis tumbuhan yang boleh menggunakan kaedah keratan daun ini.

Antara tumbuhan yang boleh digunakan adalah
                                  
     

         Pokok resam batu
                                   



   Pokok jambu air


Pokok lidah jin
                       
                
                     Pokok ati ati

Pokok tapak itik
                    
         
           Pokok lidah mertua
Dan lain lain lagi pokok.Seterusnya adalah langkah membuat keratan daun.
langkah pertama:
Kita perlu menyediakan media tanaman kemudian masukkan kedalam poly beg

langkah kedua:
kita perlu sediakan keratan daun kemudian celup dalam penggalak akar.


contoh keratan daun pokok jambu



contoh penggalak akar

selain penggalak akar kita juga boleh menggunakan serbuk perasa makanan ajinomoto,maggi cukup rasa dan sebagainya.

langkah ketiga:
semaikan keratan daun tadi kedalam poly beg.



selepas itu tempatkan pokok itu di dalam rumah hijau dan d siram dengan air yang cukup.

itulah sedikit sebanyak ilmu yang saya ingin kongsikan.Sekiranya ada persoalan sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen.